Dua individu ditahan polis ekoran catatan di Facebook kerana menghina Islam berkaitan kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kedua-dua mereka ditahan, masing-masing, di Perak dan Selangor, kata Khalid menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
“Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din…,” katanya dalam Twitter.
Haron Din, 76, meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford di San Francisco akibat komplikasi jantung pada 16 September yang lalu.
No comments:
Post a Comment