Yuran bagi pelajar Malaysia di universiti awam di negara ini ialah antara paling rendah di dunia dengan kerajaan memperuntukkan subsidi sekurang-kurangnya RM16,000 bagi setiap pelajar untuk tempoh pengajian.

“Memandangkan pendapatan isi rumah bulanan purata RM6,141 atau RM73,692 setahun pada 2014, ia menunjukkan isi rumah di Malaysia membelanjakan hanya 3% daripada gaji tahunan mereka bagi yuran tuisyen di universiti awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas Forum Ekonomi Dunia dan laporan akhbar tempatan yang mendakwa Malaysia ialah negara kelima paling mahal untuk akses kepada pendidikan universiti dalam konteks pendapatan isi rumah.
Menurut laporan itu, yang merujuk kepada 20 universiti awam dan menyatakan purata isi rumah di Malaysia membelanjakan kira-kira 55% daripada yuran pengajian di universiti awam.
Bagaimanapun, Zaini berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan pertubuhan dan agensi untuk meletakkan tanda aras termasuk keberkesanan dan kecekapan sistem pengajian tinggi.
“Kita juga akan berkomunikasi dengan Forum Ekonomi Dunia dan agensi penarafan lain untuk memberikan pandangan lebih baik dan data sesuai bagi memastikan laporan yang tepat dan boleh dipercayai,” katanya.
Zaini berkata, akses kepada kemapanan kewangan pengajian tinggi keutamaan bagi kementerian untuk memastikan pengajian tinggi boleh diakses setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan.
Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman pelajaran dengan tambahan untuk pelajar yang mencatatkan pencapaian tertinggi.
Pada 2013 dan 2014, 75% pelajar Malaysia di universiti awam mendapat manfaat daripada pinjaman PTPTN untuk menampung yuran mereka, serta kos sara hidup, katanya.
Katanya, pelajar tempatan juga mendapat manfaat daripada pelbagai biasiswa yang ditawarkan yayasan dan agensi kerajaan serta kelayakan bagi biasiswa MyBrain15 bagi semua pelajar lepasan ijazah.
No comments:
Post a Comment