Thursday 29 October 2015

Akaun Fan Pages “FAKE” Ahmad Razif Yang Berniat JAHAT

                  Gambar Yang di Edit Ini juga Berniat Jahat - SuaraBumi
                                    Gambar Yang di Edit Ini juga Berniat Jahat – SuaraBumi


Menurut  Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, individu yang mencipta akaun palsu (fake) yang didaftarkan menggunakan profil individu lain sebenarnya sedang bermain dengan perasaan sendiri dan mempunyai matlamat peribadi yang ingin dipenuhi.
Katanya, mereka yang mencipta akaun palsu ini berkemungkinan meminati individu tersebut namun pada masa yang sama ada juga pihak yang menyalahgunakannya atas tujuan negatif.
“Positifnya, mereka ini mengagumi individu tersebut dan cuba untuk meraih populariti dengan pertambahan bilangan pengikut dilaman sosial tersebut.
“Namun negatifnya, mereka ini sebenarnya sedang bermain dengan perasaan disebabkan oleh emosi suka, cemburi, membenci dan sifat balas dendam yang keterlaluan serta akan sedaya upaya untuk mencapai matlamat mereka agar orang yang dibencinya jatuh terjunam,” katanya.

Sementara itu akaun fan pages palsu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (DSAR) Menteri Besar Terengganu juga tidak terlepas daripada penyalah gunaan media sosial tanpa batasan hari ini.

Umum mengetahui dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan dimana seluruh maklumat yang diperlukan dan diakses dengan mudah sekali serta pelbagai spekulasi dan propaganda jahat yang dibuat boleh didapati dalam medium ini.

Beberapa hari yang lalu akaun fan page menggunakan nama ” Dato seri ahmad razif  ” (https://www.facebook.com/Dato-seri-ahmad-razif-536506826501213/?fref=ts) ini telah dikesan dan telah memuat naikkan beberapa perpeksi buruk serta mempunyai unsur-unsur fitnah yang mana boleh memudaratkan jika ia berterusan dan tidak dihindar dengan segera.

Menurut sumber, laporan Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM) sudah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu dan tindakan tegas akan diambil kepada pemilik akaun palsu tersebut.

Sehubungan dengan itu pihak SKMM telah menjalankan siasatan dan penangkapan pemilik akaun palsu itu akan dibuat dalam masa yang terdekat ini selepas semua butiran siasatan selesai.

Pada penilaian awal yang telah dibuat, akaun fan page yang telah dicipta itu bertujuan untuk memburukkan DSAR dengan beberapa status yang mengandungi unsur-unsur fitnah dan berniat jahat. Jika ia tidak dibendung perkara seumpama ini kemungkinan akan berlaku krisis kepercayaan yang teruk dikalangan masyarakat terhadap jabatan dan juga kepimpinan kerajaan.
Penilaian Awal Kedua-dua Akaun Fan Page ini adalah Orang Yang Sama
Penilaian Awal Kedua-dua Akaun Fan Page ini adalah Orang Yang Sama

No comments:

Post a Comment