Sunday 25 October 2015

Bantuan segera RM3,000 mangsa kebakaran tanpa borang – MAIDAM

                                                           Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Datuk Omar Musa

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu akan memberi bantuan kecemasan segera RM3,000 kepada mangsa kebakaran dan bencana tanpa perlu menunggu proses permohonan dan pengisian borang.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Datuk Omar Musa, berkata bantuan kecemasan itu akan diberikan sebaik saja MAIDAM menerima maklumat terutamanya membabitkan bencana kebakaran.
“MAIDAM juga sedang berusaha menyelesaikan segera semua permohonan bantuan, termasuk bantuan zakat dan pendidikan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) di Taman Darul Falah, di sini, hari ini.
Omar berkata, MAIDAM akui berlaku kelewatan proses kelulusan permohonan bantuan daripada penduduk miskin.
Katanya, kelewatan memproses borang permohonan dan kelulusan bantuan berlaku disebabkan kekangan pegawai.
“Ahli majlis yang bermesyuarat awal bulan ini sudah meluluskan 20 permohonan jawatan penyiasat,” katanya.  -bh

No comments:

Post a Comment