Monday 26 January 2015

Peraturan Baru Kod Etika Pakaian Tingkatan 6 Mulai Tahun 2015

Peraturan baru kod etika pakaian Tingkatan 6 atau Form 6 mulai tahun 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan rasmi telah memberi kelonggaran kepada pelajar Form 6 untuk memakai pakaian kasual bersyarat bagi menggantikan pakaian uniform sedia ada mulai sesi persekolahan 2015. Tambah KPM lagi, jika pelajar Tingkatan 6 masih ingin memakai baju uniform turut tidak dilarang sama sekali.

        contoh
            Peraturan Baru Kod Etika Pakaian Tingkatan 6 Mulai Tahun 2015

Pelajar lelaki dan perempuan boleh berpakaian kasual seperti pelajar IPTA/ IPTS/ Matrikulasi untuk ke Pra Universiti Tingkatan 6 di Sekolah namun harus mengikut syarat yang tertera dibawah:
Pelajar Lelaki
  • Dibenarkan pakai Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  • Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
  • Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan.
  • Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
  • Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
  • Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking.
  • Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
  • Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
Pelajar Perempuan
  • Baju kurung atau pakaian tradisional.
  • Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
  • Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
  • Pakaian ketat juga tidak dibenarkan.
  • Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki.
  • Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  • Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.

No comments:

Post a Comment