Sunday 25 January 2015

Dabong ‘Anak Angkat’ Kerajaan Negeri Terengganu

Dabong 1
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan Kg Dabong akan dijadikan ‘anak angkat’ kepada kerajaan negeri Terenganu selepas ini.
Adun Dabong, Dato Ramzi menyambut baik hasrat tersebut dan berharap agar selepas ini hubungan antara Dabong dengan negeri Terengganu akan berterusan, katanya ketika ditemui pemberita di rumah transit sumbangan kerajaan negeri Terengganu
Ramzi turut merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera sukarelawan kerajaan negeri Terengganu yang berkampung selama hampir sebulan di Dabong bagi menjalankan operasi pembersihan di SK dan SMK Dabong sehingga boleh digunakan untuk sesi persekolahan tahun ini.
Dabong 2
“Saya mewakili rakyat Dabong mengucapkan jutaan terima kasih kepada MB Dato’ Razif kerana tidak jemu-jemu membantu kami di Dabong ini”.

“Apa yang diberikan kepada kami di Dabong ini tidak akan terbalas jasanya dan juga seluruh Sukarelawan TTB yang bertungkus lumus membersih Sekolah-sekolah di Dabong ini”.
“Setiap kali saya melihat jasa dan pengorbanan seluruh Sukarelawan TTB dan semua kepimpinan di bawah Yab MB Dato’ Ahmad Razif, air mata saya akan berlinangan”.
” Terima Kasih… Terima Kasih… Terima Kasih… Semoga ALLAH SWT Merahmati Sukarelawan TTB dan Kerajaan Terengganu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Razif hadir bagi menyempurnakan perasmian penutup misi kemanusiaan skuad sukarelawan TTB Terengganu yang disertai hampir 6000 sukarelawan dari Terengganu.
Turut hadir dalam majlis itu, Dato Rozi Mamat, Pengerusi skuad sukarelawan TTB, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong dan beberapa exco kerajaan negeri.
Dabong 3

No comments:

Post a Comment