Tuesday 1 December 2015

Joseph Kallang Tie sah beraksi untuk Terengganu 2016

Joseph Kallang Tie digelar Messi Terengganu ketika mewakili Terengganu pada 2011.
“Terima kasih penyokong dan pasukan Sarawak. Saya sayang anda semua”.
Itulah komen kapten pasukan, Joseph Kallang Tie apabila diminta mengulas spekulasi beliau bakal meninggalkan pasukan apabila kontrak beliau tamat pada tengah malam 30 November 2015.
Pemain yang berusia 28 tahun itu mengesahkan bakal menyertai semula Terengganu, pasukan yang diwakili beliau tiga musim lepas.
Joseph Kalang Tie kembali ke Terengganu selepas bersama Sarawak selama 3 tahun.
Ketika ditanya adakah faktor gaji besar punca penghijrahan, dengan pantas Joseph menafikan.
“Saya ada menerima tawaran lebih lumayan dari pasukan di selatan tanahair namun wang ringgit bukanlah segalanya.
“Sarawak juga menawarkan kenaikan gaji tapi setelah berfikir panjang akhirnya saya memilih untuk mencari cabaran baru di Terengganu,” tambah Joseph.
Joseph dijangka menandatangani kontrak dengan pasukan Terengganu pada 2 Disember nanti. -dunia sukan

No comments:

Post a Comment