Setelah isu Azwan Ali maki mahun secara mengkhinzir buta yang menjadi bahan bualan orang ramai kerana salah faham dengan perkataan "MENATE", kini owner yang juga chef terkemuka di Malaysia dan di England iaitu Pak Mus tampil memberi sedikit komen.
A little words from our chef and owner, Pak Mus.
Bismillah’Hir’Rahman’Nir’Rahim
ATAS APA SEBAB SEKALIPUN MANA MUNGKIN MANUSIA MAMPU
UNTUK MEMBAHAGIAKAN SELURUH MAKHLUK ALLAH YANG BERGELAR
MANUSIA.
TAPI PERLU KITA INGAT BAHAWA KITA MAMPU MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SELURUH MAKHLUK ALLAH.
Yang keruh kita jernihkan.
Yang silap kita maafkan.
Yang kusut kita leraikan.
Yang Hitam kita putihkan.
Yang tumbang kita tegakkan.
Yang bercakaran kita amankan.
Yang buruk kita baikkan.
Saya merayu dan memohon dengn ikhlas atas lafaz saya “Lillah’Hi’Taala” memohon KEMAAFAN pada sesiapa sahaja seandainya apa jua kekhilafan saya dalam menjalani kehidupan seseharian saya baik dalam persahabatan & perniagaan saya memohon dan merayu agar berilah ruang untuk saya memperbaiki segala kesilapan saya mungkin atas apa perlakuan saya menyebabkan ada yang bersalahanggap di antara satu insan lain pada yang lain harap dapat kiranya kita saling maaf bermaafaan diantara kita.
Untuk Saudara Azwan Haji Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman saya khususnya MEMOHON JUTAAN MAAF dari kamu berdua, juga pada seluruh warga MAYA yang secara tidak langsung yang telah menghamburkan segala kata kesat pada Saudara Azwan Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman, saya mohon kemaafan pada semua, juga menyeru seluruh warga MAYA agar hentikan segala kata kata serta cacian demi kebaikkan semua.
Doa saya buat kalian semua semuga ALLAH memberkati hidup kita semua, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dipermudahkan segala urusan kita dunia Wal Akhiroh,
Ameen Ameen AllahHumma Ameen.
Dengan penuh keikhlasan Lillah’Hi’Taala dari saya
Mustaffa Haji Othman
Pemilik Me’nate Steak Hub
Memang merendah diri orangnya Pak Mus ini walaupun sebenarnya dia adalah seorang chef yang amat hebat apatah lagi pernah menjadi tukang masak kepada Quenn Elizabeth dari England.
Ini biodatanya:
NAMA: Mustaffa Othman
JAWATAN: Master Butcher bekas pekerja Ratu Elizabeth dan pemilik Me’nate Steak Hub
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1951
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
ISTERI: Mastura Lehman
ANAK: Muhammad Ezman (25), Amirul Aiman (24), Fareza (23) dan Khisofi (19)
PENDIDIKAN: GCE Advanced Level
Salaam ww
ReplyDeleteEid Mubarak
Kapada Tuan Mustaffa Othman
Nama saya Abdul Latif rakyat Singapura berniaga Makanan Laut Cina [ Chai Chee Seafood Restaurant ].
Umur 62 tahun
Isteri hanya 1
Anak 4 [1 lelaki 3 Perempuan]
Saya berniaga Restaurant sejak tahun 2004.
Pekerja sepenuh masa anggaran 22 orang.
Restaurant hampir 3000 sq feet
Hampir 15 tahun
Saya ingin bekerjasama dengan En. Mustaffa untuk mendapatkan Franchise atau Partnership dengan Tuan Haji bagi keluaran Restaurant di Singapura , Indonesia dan Australia.
Saya kerap ka restaurant Tuan di Johore. Saya sungguh minat sekira nya dapat peluang bertemu dengan Tuan Haji.
Yang Menanti
Abdul Latif
Singapura
+65 96749614
As salam Pak Must,Zeezan Dari TEMERLOH
ReplyDelete