SETIU – Seorang lelaki telah ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, di Sungai Tong, Setiu pagi tadi.
Mangsa, 37, ditemui oleh bapa saudaranya sekitar jam 4.30 pagi dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan rumah yang didiami mangsa.
Mangsa yang bekerja sebagai tukang cat dikatakan baru sahaja mendiami rumah tersebut untuk bekerja dengan bapa saudaranya.
Hasil pemeriksaan oleh Bahagian Forensik IPK Terengganu mendapati kesan tembakan mengenai leher, lengan dan punggung mangsa.
Siasatan Forensik turut menjumpai anak peluru di beberapa bahagian di dalam rumah serta kelongsong di halaman rumah.
Semakan rekod mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.
Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
No comments:
Post a Comment