Nur Aqilah Yusof, 17 menerima pingat emas yang di sampaikan oleh YB Mohd Mahdi Bin Musa |
Aqilah berkata, beliau amat berbangga apabila berjaya menghadiahkan dua pingat emas untuk sukan memanah sekaligus memecah rekod baharu pada temasya Sukma 2016 yang berlangsung di Sarawak kali ini.
Menurutnya, pada pusingan pertama bidikannya kurang menjadi, bagaimana berjaya bangkit pada pusingan seterusnya sehingga berjaya muncul pemanah terbaik untuk pingat emas.
“Sebenarnya tak sangka boleh menang sebab dalam beberapa kejohanan sebelum ini pun saya cuma berada dalam ranking ke sepuluh.
“Bagaimanapun keyakinan saya mula hadir pada pusingan kedua apabila bidikan saya semakin menjadi dan bermula dari situ lah saya terus fokus sehingga tamat perlawanan,” katanya.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kompleks Mengabang Telipot itu mengakui latihan dan pendedahan ketika menyertai beberapa sirkit kebangsaan sejak dua tahun lalu banyak memberi keyakinan buatnya untuk menebus semula kekecewaan pada temasya Sukma di Perlis.
“Insya-Allah dengan dua pingat emas pada hari ini, saya akan terus berusaha dengan lebih keras lagi untuk mengharungi empat lagi acara yang akan disertai iaitu 30, 50 meter , perseorangan dan berpasukan pusingan olimpik ‘recurve’.
“Malah saya juga berharap kejayaan ini sedikit semangat dapat menyuntikk moral rakan-rakan sepasukan untuk meneruskan misi membidik enam emas, tiga perak dan satu gangsa buat pasukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment