Thursday 21 January 2016

Mangsa kelima maut akibat denggi dicatat di Terengganu

Jenazah Muhammad Danish dibawa pulang dengan bot laju dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian, petang kelmarin.
                                                                                         -Sinar Harian

Wabak denggi di negeri ini terus meragut nyawa dan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian menjadi mangsa kelima kelmarin.
Pelajar berkenaan Muhammad Danish Junaidi  disahkan meninggal dunia pada jam 6.05 pagi kelmarin di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas 2 hari dimasukkan di hospital itu.
Menurut bapa saudara mangsa, Zainuddin Mohammad mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut bersama adiknya yang berumur 11 tahun pada minggu lalu selepas disahkan mengidap demam denggi lanjutan daripada menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.
“Mereka telah dua hari demam, sebelum menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dan dirujuk ke Hospital Besut.’
“Bagaimanapun, si mati terlebih dahulu dirujuk ke HSNZ akibat keadaannya semakin teruk, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya yang dipetik dalam Sinar Harian,semalam.
Jenazah Muhammad Danish telah dibawa pulang dan selamat dikebumikan jam 3 petang di Pulau Perhentian manakala adiknya masih menerima rawatan di HSNZ.
Menurut Zainuddin, mangsa adalah anak pertama daripaa empat beradik kepada pasangan Samsul Bahari Mohd, 43 yang bekerja sebagai pemandu teksi dan Nizalina Shahril, 32 yang tidak bekerja.
Pegawai Kesihatan Daerah Dr Razan Ab Samat memberitahu kes kematian itu adalah kes pertama di Besut untuk tahun 2016 yang berpunca daripada denggi.

No comments:

Post a Comment