Tuesday 26 January 2016

Banduan larikan diri masih ada di Terengganu

MOHD Nazri diburu polis dan dipercayai masih berada di Terengganu.
Kuala Terengganu: Banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang semalam dipercayai masih berada di negeri ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, sehubungan itu, polis memperluaskan operasi memburu banduan terbabit di beberapa kawasan dikenal pasti berpotensi menjadi tempat persembunyian lelaki berusia 23 tahun itu.
“Kami mengunjungi rumah keluarga, saudara dan rakan-rakan banduan itu tetapi belum memperoleh sebarang maklumat,” katanya ketika dihubungi dipetik daripada Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata, mana-mana individu atau kumpulan yang dikesan melindungi banduan terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen Seksyen 216 Kanun Keseksaan.
Semalam, Mohd Nazri Mat Nasir, 23, dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar di Zon 3 Penjara Marang kira-kira jam 10.30 pagi.

No comments:

Post a Comment