Tuesday 26 January 2016

MB Razif Gerakkan Kempen Cegah Denggi Besar - Besaran

IMG-20160126-WA0018

KUALA TERENGGANU : Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu akan melancarkan Skuad Gempur Aedes TTB dan gotong royong perdana bermula 28 januari hingga 30 januari ini.
Skuad ini akan disertai seramai 3000 orang sukarelawan TTB  dan setiap dun dijangka akan menghantar seramai 200 orang dan akan bergerak serentak selama tiga hari tersebut.
Inisiatif yang digerakkan oleh Ahmad Razif turut disambut baik beberapa ngo dan juga parti politik negeri Terengganu.
Menurut beberapa sumber dalam pakatan harapan Terengganu, parti pakatan pembangkang  itu juga akan turut sama dalam program gotong royong pendana yang diadakan ini.
Program ini dianjurkan  oleh Sekretariat TTB dengan kerjasama Geng Orang Muda   Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Terengganu kali ini, turut dilibatkan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Kesihatan Negeri dan  Kerajaan Negeri Terengganu.
Ahmad Razif sebelum ini telah turun sendiri di beberapa kawasan bagi bergotong royong bersama masyarakat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dan meninjau beberapa kawasan berpotensi dengan penularan wabak denggi ini.
Sehingga kini, sejumlah 407 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri Terengganu pada tahun 2016, berbanding dengan 106 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2015 iaitu peningkatan kes sebanyak 284 peratus (301 kes).
Sementara itu  Ahmad Razif dan kerajaan negeri akan membuat kerahan termasuk melibatkan semua jabatan dan agensi untuk melakukan operasi bersama.
Beliau  tidak mahu permasalahan ini diberi tanggungjawab kepada pihak kesihatan sahaja, semua pihak kena ambil inisiatif untuk sama-sama membantu.
20160125093634
20160125093632

No comments:

Post a Comment