Thursday 21 January 2016

Pejabat Seketariat TDI beri kemudahan kepada rakyat

YB Pehimi Yusof

YB Pehimi Yusof


Pejabat Seketariat TDI beri kemudahan kepada rakyat

Pejabat Seketariat Tabung Darul Iman (TDI) yang dibuka di Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu hari ini bakal memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Pehimi Yusof berkata, dengan kewujudan premis ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan Prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dicetuskan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
‘Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan tertinggi pentadbiran kerajaan di atas komitmen yang tinggi dalam mendokong hasrat YAB Menteri Besar sepertimana yang telah direncanakan dalam Prinsip TTB’.
‘Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YAB MB kerana tiada kompromi dalam bidang kesihatan walaupun keadaan semasa ekonomi dunia yang banyak memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran negeri’.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis perasmian Pejabat Seketariat TDI di Jalan Sultan Ismail yang dirasmikan oleh Menteri Besar pada hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato ‘ Osman Muda, Dato’ Nawawi Ismail Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.
Pehimi menambah pejabat TDI ini akan dipastikan untuk bergerak secara aktif serta memberi kemudahan dalam membantu dan membawa kebaikan rakyat negeri Terengganu.
Beliau juga menyentuh mengenai wabak denggi yang semakin menular sekarang ini dan berharap rakyat bersama-sama dengan kerajaan membasmi gejala tersebut.
IMG-20160120-WA0033IMG-20160120-WA0031Sementara itu,  Pehimi memberitahu YAB MB telah bersetuju untuk mewujudkan ‘Medical Card Terengganu’ kepada golongan miskin yang akan membantu golongan ini menikmati kemudahan perkhidmatan daripada 100 buah klinik swasta sekaligus meringankan beban mereka.
Beliau berharap rakyat terus menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan negeri supaya kerajaan dapat memberi perkhidmatan cemerlang kepada semua.

No comments:

Post a Comment