Monday 21 December 2015

Terengganu Bekalkan 150,000 Meter Padu Air Bersih Ke Kelantan

download

Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di Pasir Puteh, Kelantan bakal diatasi dengan termeterainya perjanjian persefahaman (MoU) antara Terengganu dan Kelantan Isnin ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri bersetuju membantu Kelantan mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi jajahan itu sejak Januari tahun ini.
Majlis MoU antara Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan disaksikan Ahmad Razif dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Perjanjian itu akan menyaksikan Terengganu membekalkan air ke jajahan itu menerusi Empangan Paya Peda di Besut.
“Ia kemudiannya akan disalurkan ke kawasan Bukit Yong dan Tok Bali di bawah jajahan Pasir Puteh dan akan membantu kira-kira 600 pemegang akaun membabitkan air berjumlah 150,000 meter padu setiap bulan,” katanya.
Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga dan Pejabat Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut bercadang menubuhkan satu lagi Pejabat Sekretariat Permata iaitu untuk Zon Utara selepas menubuhkannya di Kuala Lumpur (Zon Tengah) dan di Skudai (Zon Selatan).
Beliau berkata Pejabat Sekretariat Permata adalah tempat bagi mahasiswa dari Terengganu menjalankan aktiviti keilmuan serta sosial.
Permata yang merupakan gabungan pelajar dari Terengganu, kini telah mencecah keahlian seramai 45,000 pelajar yang berada di pusat pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment