Monday 21 December 2015

Kerajaan Negeri Terengganu bawa Pulang Jenazah Pelajar Perubatan yang Meninggal dunia Di Kaherah

pelajar perubatan yang menuntut di kaherah dan disahkan meninggal dunia jumaat lalu (Nor Izzaty Izyan Binti Roslan)
pelajar perubatan yang menuntut di kaherah dan disahkan meninggal dunia jumaat lalu (Nur Izzaty Izyan Binti Roselan)


Menteri Besar Terengganu Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan kerajaan negeri Terengganu akan membawa pulang  jenazah Pelajar  Terengganu yang meninggal di kaherah, Mesir  selasa ini.
Beliau berkata, pelajar tersebut Nur Izzaty Izyan Binti Roselan adalah pelajar perubatan  tajaan JPA  berasal dari kampung Tasik Bukit Payung, Terengganu  telah disahkan meninggal dunia jumaat lalu .
“ pelajar kita ini disahkan meninggal dunia akibat serangan Penyakit “Systemic  Lupus Erythemitosus (SLE)”,
“jenazah dijangka tiba  dilapangan Terbang Sultan Mahmud pada 22 december 2015 jam 8.45 malam,katanya.
beliau mengumumkan perkara itu semalam  ketika menziarahi adik hasif di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang kehilangan kedua ibubapa serta 3 orang kakanya dalam sekelip mata akibat mati lemas di Taman Rekreasi Belukar Bukit, Hulu Terengganu Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment