Monday 21 December 2015

Kerajaan Negeri Terengganu Sedia Bantu Adik Hasif

IMG-20151220-WA0087

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria mewakili seluruh kepimpinan negeri Terengganu  menzahirkan rasa simpati kepada Mohd Hasif Abdul Halim yang kehilangan ibu bapa dan tiga kakaknya semalam.

Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya semalam.

Kejadian yang berlaku dalam  sekelip mata itu dipercayai berpunya dari pusaran air di dasar sungai ketika mereka mandi di kawasan rekerasi Belukar Bukit, Hulu Terengganu dan telah menyebabkan mereka lemas.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan membantu adik Hasif  jika dipersetujui oleh ahli keluarga.

“Jika adik Hasif dan keluarga bersetuju untuk tinggal di Terengganu, pihak Yayasan Terengganu akan jadikan beliau sebagai anak angkat bagi menjaga kebajikan terutamanya dalam pendidikan.

“Namun demikian, keputusan terletak atas persetujuan ahli keluarga yang lain juga,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke rumah keluarga mangsa di Kampung Serdang Baru,Bukit Tunggal , Kuala Terengganu hari ini.
IMG-20151220-WA0086
Sementara itu, Ahamd Razif berkata pihaknya telah mengarahkan supaya kawasan rekerasi Belukar Bukit itu ditutup serta merta bagi menggelakan sebarang kejadian yang tak diingini berulang lagi.

“Kita telah arahkan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu  tutup segera kawasan tersebut,

“kita juga mahu jabatan perhutanan mengenalpasti kawasan-kawasan yang berisiko  dan menghantar laporan dengan segera agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi, ujarnya.

No comments:

Post a Comment