Sunday 20 December 2015

Insiden Lemas 5 Sekeluarga: Pihak Berkuasa Wajib Pantau Kawasan Rekreasi – Ahmad Razif

jenazah 5 sekeluarga yang telah siap disembahyangkan dan dikebunikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Pengkalan                                                                                              Arang, Batu Enam.

Berikutan 5 sekeluarga maut di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam akibat lemas ketika mandi di kawasan itu, Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman mahu pihak berkuasa meningkatkan kawalan di semua pusat rekreasi dan Taman Negara di Terengganu terutama pada musim tengkujuh.
Menurut Ahmad Razif, beliau akan mengarahkan pihak berwajib serta majlis daerah meningkatkan aspek keselamatan di pusat rekreasi yang menjadi tumpuan ramai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam satu mesej Whatsapps semalam  ketika mengulas insiden 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu. 
“Takziah kepada anggota keluarga mangsa, saya akan mengarahkan pihak yang berwajib serta majlis daerah untuk meningkatkan aspek keselamatan di semua pusat rekreasi dan taman negara serta kawasan perkelahan,” katanya. 
Sementara itu, jenazah 5 sekeluarga terbabit  telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di tanah Perkuburan Islam kampung Pengkalan Arang,Batu Enam semalam

No comments:

Post a Comment