Thursday 17 December 2015

Insentif Khas RM 500 (SSPN-I) Kepada Semua Pelajar Cemerlang PT 3 – Ahmad Razif

mb razif copy

Kejayaan berganda dalam pendidikan bagi negeri Terengganu pada tahun ini yang mana prinsip ke lapan Transformasi Terengganu Baharu(TTB), Memperkasakan Pendidikan kini berada di landasan yang tepat bagi kecermelangan dalam bidang ini.

Kerajaan Terengganu akan mengagihkan insentif khas sebanyak RM500 kepada 699 pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran melalui Pentafsiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan baru-baru ini.

Menteri Besar Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia melibatkan peruntukan sebanyak RM349,500 yang akan diagihkan dalam bentuk sijil simpanan pendidikan nasional (SSPN-I).

Majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang PT3 itu akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak pada 31 Dis ini.

“Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam PT3 tahun ini sungguh luar biasa berbanding 233 calon yang mendapat semua A pada 2014.

“peningkatan sebanyak 2.7 peratus tahun ini telah membuktikan transformasi yang berlaku dalam usaha memperkasakan bidang pendidikan di negeri ini dalam landasan yang tepat ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini Rabu.

Sehubungan dengan itu, selain meraikan kecemerlangan pelajar bekernaan, kerajaan negeri juga akan memberi insentif khas kepada sekolah cemerlang yang menunjukkan komitmen tinggi mengikut empat kategori yang ditetapkan, katanya.

Bagi kategori sekolah terbaik termasuk sekolah harian, sekolah elit dan sekolah Imtiaz, sekolah berasrama penuh dan lonjakan sekolah menengah yang mencatat keputusan luar biasa kali ini.

“Insentif khas ini bertujuan menghargai usaha dan komitmen murid, guru dan sekolah tersebut yang serius dalam mencapai matlamat mereka”, tambahnya.

No comments:

Post a Comment