Sunday 20 December 2015

Pelawat Perlu Bersabar Dengan Usia Lif Sudah 20 Tahun – HSNZ

hospital

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil perjalanan yang sepatut tentang masalah yang dihadapi pelawat-pelawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berkaitan Lif yang berusia 20 tahun itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof, kerajaan negeri sudah memohon peruntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan itu.
“Kita dan Jabatan Kesihatan Negeri telah membuat permohonan untuk bagi menyediakan lif baru di HSNZ Kuala Terengganu”
“memandangkan ianya sudah mencapai usia 20 tahun dan sudah banyak kali telah dibaiki serta dengan ada lif baru nanti akan memberi keselesaan kepada pengguna”
“lif berkenaan yang digunakan 24 jam sehari selama ini sudah sampai masanya untuk digantikan dengan yang baru”,katanya.
IMG_20151219_124530Sehubungan dengan itu, beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Yab Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan satu hari beliau di Terengganu baru-baru ini.
“secara dasarnya Yab TPM telah pun bersetuju dengan permohonan kerajaan negeri dan semua perjalanan itu sudah diambil”
“sekarang ini kita hanya tunggu pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia secara hitam dan putih akan kelulusan itu kerana ia mempunyai beberapa perkara yang perlu mengikut paraturan jabatan dan kementerian” katanya.

No comments:

Post a Comment