Monday 19 October 2015

Solat Hajat Serentak Seluruh Negeri Untuk Lpt2 Jumaat Ini

IMG-20151019-WA0019

SOLAT HAJAT Perdana Seluruh Negeri Terengganu  Untuk LPT 2 

Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan solat hajat perdana  pada Jumaat ini,23 Oktober 2015 bagi di seluruh Masjid di negeri ini bagi memohon kepada Allah SWT agar tiada lagi kemalangan yang meragut nyawa terjadi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Menurut Pesuruhjaya Agama negeri  Terengganu, Dato’ Omar Musa berkata, solat hajat  itu akan di adakan di Masjid-masjid seluruh negeri Terengganu selepas Solat Jumaat.

“Kita telah memohon supaya setiap masjid di negeri ini mengadakan solat hajat itu berjemaah  selepas selesai solat jumaat”

“Kita juga akan mengadakan solat hajat ini di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Besi dan Kompleks Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu pada hari ini 19 Oktober 2015  pada jam 6.30 petang”

“Manakala di  Hentian Rehat dan Rawat Perasing akan di adakan pada 24 oktober 2015 pada  waktu yang sama , katanya ketika dihubungi oleh Terengganu Times.

IMG-20151018-WA0061

Sementara itu beliau juga memaklumkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  akan bersama-sama dalam solat hajat  di kompleks Plaza Tol Ajil petang nanti.

“Kita juga mengharapkan mana-mana individu dan komuniti bersama melakukan perkara yang sama bagi memohon agar Allah SWT memberi perlindungan kepada pengguna LPT 2 serta rakyat negeri ini”, ujurnya.
Sehubungan dengan itu warga Terengganu Times menjemput orang ramai yang berada berdekat dengan tempat yang dinyata diatas bersama menjayakan solat hajat yang akan diadakan nanti.

No comments:

Post a Comment