Monday, 19 October 2015

Hospital Sungai Petani Cuai, Kain Gauze Tertinggal Dalam Rahim

Hospital Sungai Petani Cuai, Kain Gauze Tertinggal Dalam Rahim
SERAM dan ngeri. Seorang wanita tidak menyangka, kesakitan luar biasa yang dirasai setelah selamat melahirkan anak pertama baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada kain gauze yang tertinggal dalam rahimnya.
Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Wanie Shifu ini, kehadiran ‘bendasing’ tersebut diketahui apabila kain gauze itu berjaya selamat ‘keluar’ dari alat sulitnya itu dia ketika sedang berurut.
1
Terkejut dengan penemuan itu, Wanie kemudian bertindak mendedahkan gambar kain gauze menerusi laman Facebooknya sekali gus menjadi viral dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Rata-rata netizen khususnya para ibu memohon agar Wanie segera mengambil tindakan tegas atas kecuaian pihak Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.
Berdasarkan ruangan komen, Wanie mendakwa, dia bersalin secara normal di hospital tersebut baru-baru ini.
Dek kerana hospital berkenaan, ibu kepada seorang anak lelaki ini mengakui menderita kesakitan akibat darah beku yang terkumpul dalam rahimnya.
Susulan itu, Wanie telah menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tersebut.
Untuk pengetahuan anda, ketika bersalin, kain gauze kebiasaanya digunakan ketika menjahit untuk memberhentikan darah. – MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment