Sunday, 18 October 2015

Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing dinaik taraf



Peruntukan RM1 juta disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menaik taraf tapak pelelongan ikan di Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing yang sudah beroperasi lebih 40 tahun.
Kompleks berkenaan tidak pernah dibaiki sejak dibina pada 1972, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan, Hasan Ismail.
Hasan berkata, jeti pendaratan ikan di kompleks tersebut juga akan dibaik pulih secara berperingkat bagi membolehkan bot bersaiz besar masuk dan mendaratkan ikan pada masa akan datang.
“Banyak kemudahan akan disediakan untuk peniaga ikan apabila kerja mengubah suai siap nanti, selain orang ramai juga dapat memasuki kompleks itu untuk membeli ikan segar secara pukal,” katanya.
Ia adalah kompleks pendaratan ikan kedua terbesar di Terengganu, selepas Kompleks Pendaratan Ikan Chendering.
Hasan berkata, antara 30 dan 50 bot nelayan mendaratkan ikan di kompleks itu setiap hari, terutama pada musim banyak ikan.  -Teganukita

No comments:

Post a Comment