Tuesday 4 August 2015

Nenek ‘Setan’ Belasah Cucu Tiri Sampai Lebam



Permaisuri: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai menjadi mangsa dera nenek tiri berikutan beberapa kesan kecederaan pada badan dan mukanya termasuk bengkak mata kiri.
Difahamkan, kejadian menimpa kanak-kanak itu disedari pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ketika merawat mangsa kira-kira 2 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Idris Mohamed berkata, mangsa dikatakan datang ke hospital berkenaan untuk membuat rawatan selepas dikatakan terjatuh ketika bermain.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat banyak kesan lebam dan luka lama serta baru di tubuh mangsa termasuk bengkak mata kiri.
“Lelaki terbabit mengesyaki kanak-kanak itu didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya.
“Mangsa masih dirawat di hospital dan dilaporkan stabil. Kita masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

No comments:

Post a Comment