Thursday 16 July 2015

Tudung Hana Tajima Diejek Nampak Cam Pisang, Sotong..


HANA Tajima bukanlah nama asing dalam kalangan blogger mahupun dunia fesyen muslimah apabila mencetuskan fenomena hijabster suatu ketika dahulu.

Selain menjadi inspirasi fesyen muslimah,  figura berkacukan Jepun-British ini juga pernah dilantik menjadi pereka fesyen khas buat penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai.

Bagaimanapun, nama Hana Tajima kembali menjadi perbualan hangat gara-gara rekaan tudungnya yang baharu dilancarkan untuk Uniqlo telah mendapat kritikan hebat netizen.
Lebih parah, tudung rekaannya itu disamakan dengan kulit pisang, sotong, sarung bantal dan bermacam-macam lagi.
Tak percaya? Mari baca komen-komen orang ramai terhadap rekaan tudung ini…
12unnamedhong-kong-1
Alahai, tak pasal-pasal rekaan hijab ini menjadi bahan ketawa orang ramai. Pendek kata, rekaan fesyen yang cuba dibawa ini kelihatan merepek dan pelik.
Tidak apalah, mungkin Hana boleh ambil pengajaran terhadap kritikan orang ramai dalam bereksperimentasi terhadap rekaan-rekaannya selepas ini.
Rasanya pun memang rekaan Hana Tajima yang ini agak ekstrem untuk sesetengah muslimah. – MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment