Thursday 16 July 2015

Bayi diserahkan kepada JKM

PEHIMI (kanan) melawat bayi yang ditemui di HSNZ.

Kuala Terengganu: Bayi perempuan baru lahir yang ditemui di Taman Alur Pak Bang, Marang, kelmarin akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seminggu selepas perayaan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, bayi seberat 3.3 kilogram ditempatkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) buat sementara waktu.
Bayi yang ditemui di Taman Alur Pak Bang, Marang.
Menurutnya, bayi itu dalam keadaan baik, tetapi pihak HSNZ memerlukan masa untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada JKM.
“Pihak HSNZ tidak dapat mengesahkan identiti dan bangsa bayi ini dan kita menunggu laporan polis yang kini menjalankan siasatan.
“Sebaik pemeriksaan dijalankan, bayi terbabit diserahkan kepada JKM dan jabatan itu mengemukakan perintah mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan,” katanya ketika melawat bayi itu di HSNZ, di sini, semalam.- hmetro

No comments:

Post a Comment