Thursday 16 July 2015

Rompak jururawat, lelaki dipenjara 7 tahun, sebat


KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda yang merompak seorang jururawat menggunakan sebilah pisau dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini.
Muhammad Ashroy mengaku salah melakukan jenayah berkenaan terhadap Nor Marissa Mohd Sukri, 26, pada 3 Jun lalu, kira-kira jam 9.20 pagi, di sebuah rumah di Kampung Ladang Hospital, di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd Rahman dihadapan Hakim Wan Nur Zanuar Wan Ahmad.
Sinar Harian 4 Jun lalu melaporkan, seorang jururawat berdepan mimpi ngeri apabila diugut akan dicederakan sehingga cacat seumur hidup sekiranya cuba mendapatkan bantuan, ketika disamun di kediamannya.
Muhammad Ashroy Mohd Ali, 22, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, disini, selepas mengaku salah melakukan rompakan bersenjatakan pisau.
Dalam kejadian itu, disebabkan ketakutan, mangsa hanya membiarkan suspek menggeledah rumah yang disewanya bersama tujuh lagi rakan lain.
Sesudah puas dengan hasil diperoleh, suspek melarikan diri bersama pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000 serta sebuah kereta Perodua Myvi. -Sinar Harian

No comments:

Post a Comment