Tuesday 7 July 2015

'Terima Kasih Kerana MB Razif Sudi Jadi Juru Foto Saya dan PM Najib’


Kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ke Terengganu semalam memberi impak yang cukup indah buat Adibz Zuhan. Lebih-lebih lagi apabila Menteri Besar Terengganu sendiri, Datuk Seri Ahmad Razif yang tolong ambilkan gambar beliau bersama Perdana Menteri kita.
Melalui laman facebook beliau
“Terima Kasih Saya Ucapkan Kepada Dato’ Seri Kerna Sudi Mengambil Gamba Sya Bersama PM Sebentar Td .. Terima Kasih Kerna Dato’ Seri Sudi Menghulurkan Bantuan Ketika Ramai Insan Tidak Mahu Menolong Sya Mengambil Gambar Td .. Sya Akan Sentiasa Sokong Setiap Benda Yg Dilakukan Oleh Dato’ Seri .. Walaupom Dato’ Seri Seorang Menteri Besar Negeri Tetapi Dato’ Seri Ttap Zuhud Xmnampakkn Sikap Gah Dgn Jwatan Itu .. Moga Allah Sentiasa Merahmati Dato’ Seri Dan Keluarga Serta Organisasi Yg Dipimpin oleh Dato’ Seri ..”
Rakyat Terengganu memang akui bahawa MB Razif merupakan seorang pemimpin yang cukup mesra rakyat. Dalam masa yang sama beliau juga membawa banyak pembaharuan dan transformasi yang cukup unggul dan mantap buat rakyat Terengganu.
Selesai sahaja majlis tersebut MB Razif segera sampaikan ucapan terimakasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Syabas kepada MB Razif.
UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT Majlis Lawatan Kerja YAB Dato’ Sri Perdana Menteri ke Besut berjaya dengan cemerlang.
Saya dan semua pasukan kepimpinan negeri ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, tahniah kepada semua yang terlibat, semangat sebegini sudah lama kami impikan. Semuanya ini dengan izin Allah.
Terima kasih yang tidak terhingga daripada saya, kepimpinan negeri dan rakyat Terengganu khusus disampaikan kepada YB Dato’ Seri Idris b. Jusoh, Menteri Pendidikan 2 kerana memulakan kelahiran Sekolah IMTIAZ yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu juga kepada negara. InsyaAllah hasilnya akan kita sama-sama kecapi sedikit masa nanti.
Kami juga merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung budi diatas kesudian YAB Dato’ Sri Perdana Menteri hadir di bumi Besut yang sarat dengan sejarah. Kemurahan budi YAB Dato’ Sri yang telah meluluskan banyak pembangunan amat kami sanjungi. Mudah-mudahan Allah melimpahi rezeki yang tak terjangkau oleh akal fikir kita manusiawi.
Sesungguhnya kehadiran rakyat jelata menyatakan manifestasi sokongan padu terhadap kepimpinan YAB Dato’ Sri. Janji kami rakyat Terengganu akan sentiasa bersama Dato’ Sri walau apa jua halangan di hadapan.
Terima kasih semua. Budi baik kalian akan jadi kenangan sepanjang zaman.
YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Razif bin Abd. Rahman
Menteri Besar Terengganu.
– PRU14.tv

No comments:

Post a Comment