Wednesday 15 July 2015

Badang Hafifi Mansor azam layak ke Olimpik 2016


Badang Malaysia Mohd Hafifi Mansor bertekad layak ke Sukan dan 2016.
Badang Malaysia Mohd Hafifi Mansor bertekad layak ke Sukan dan 2016.
Badang Hafifi Mansor azam layak ke Olimpik 2016

Jaguh angkat berat yang juga Badang Malaysia kelahiran Terengganu, Mohd Hafifi Mansor bertekad mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio De Janeiro Brazil tahun depan.

Beliau yang mesra dipanggil Fifi kini dalam persediaan rapi dalam segala aspek termasuk latihan keras untuk merealisasikan impiannya sekaligus mahu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Saya kini sedang menyiapkan diri dengan berlatih secara sistematik dalam sasaran layak secara automatik ke Sukan Olimpik tahun depan”.

“Saya akan cuba untuk menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik dunia untuk layak dalam kiraan merit kerana memang cita – cita saya beraksi di sukan paling berprestij itu”.

Hafifi ditemui pemberita Terengganu Times ketika di Majlis Berbuka Puasa Syarikat Air Terengganu (Satu) Bersama Media di Duyung Marina & Resort di Pulau Duyung petang tadi.

Hafifi, 25 tahun, yang beraksi dalam acara angkat berat 69 kilogram individu dan turut diletakkan dalam kategori berpasukan Malaysia akan menjalani latihan di Korea Selatan dan Australia untuk menghadapi Pertandingan Kejuaraan Angkat Berat Asia di Phuket Thailand pada bulan September dan Kejuaraan Dunia di Amerika Syarikat pada bulan November depan.

Beliau yang berasal dari Seberang Takir merupakan anak Terengganu pertama yang berjaya melakar sejarah meraih pingat emas Sukan Komanwel di Glasgow Scotland pada tahun lalu dan telah berkecimpung selama 14 tahun dalam sukan angkat berat itu.

No comments:

Post a Comment