Wednesday 15 July 2015

(3 Gambar) Bayi perempuan ditemui di Marang


Bayi ditemui di Taman Permainan Rekreasi Malawati berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Marang.
MARANG – Seorang bayi perempuan cukup sifat dan sihat ditemui di Taman Permainan Rekreasi Malawati berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Marang, di sini petang semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima remaja lelaki yang berada di taman terbabit kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, salah seorang daripada pelajar terbabit telah mendengar tangisan bayi berhampiran mereka ketika mereka sedang melepak di taman itu.
Katanya curiga dengan tangisan itu, pelajar yang berusia 16 tahun bersama empat lagi rakannya mencari arah tangisan sebelum menemui seorang bayi yang
dibalut dengan tuala.
“Sebaik menemui, mereka melihat seorang bayi dibalut dengan tuala warna biru dan masih bertali pusat berada di atas bangku di taman tersebut dan bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya bayi berkenaan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Marang sebelum bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan
lanjut.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar dapat menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat atau menghubungi Balai Polis Marang di talian 09-6182222. – Bernama

No comments:

Post a Comment