Thursday 14 May 2015

SELAMAT HARI BELIA – Pengerusi MBNT


11258592_877680452270893_241970646_n 15 Mei setiap tahun kita akan merayakan sambutan Hari Belia Negara. Pengistiharan ini membuktikan kerajaan mengiktiraf sumbangan besar generasi belia dan proses pembangunan negara. Apabila disebut belia, sudah pasti akan tergambar dalam pemikiran kita, belia merupakan insan yang kuat segala galanya sama ada dari segi pemikiran, fizikal , kecerdikan dan sebagainya.

Manusia byk mencipta kegemilangan di usia belia. Kalau kita perhatikan dalam perkembangan Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul ketika baginda berusia 40 tahun. Pada waktu itu Saidina Abu Bakar r.a. berusia 37 tahun, Saidina Umar r.a berusia 27 tahun, Saidina Uthman r.a. berusia 34 tahun dan Saidina Ali r.a.berusia 10 tahun. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Jaafar Bin Abi Talib r.a. telah di lantik sebagai ketua rombongan ketika berhijrah dari Mekah ke Habsyah ketika itu beliau berumur 20 tahun. Mus’ab Bin Umair ketika berusia 24 tahun telah di hantar oleh Rasulullah s.a.w. menjadi wakil baginda untuk berdakwah di Yathrib (Madinah). Kesemua tokoh yang dipaparkan di atas berada didalam usia belia.

Umar Bin Abdul Aziz dilantik oleh al-Walid Bin Abd Malik menjadi gabenor Madinah ketika berusia 25 tahun. Dilantik menjadi Khalifah ketika usianya 36 tahun. Usamah Bin Zaid dilantik menjadi panglima tentera Islam untuk membebaskan Palestin ketika usianya 18 tahun. Imam Syafie diberi kepercayaan memberikan fatwa oleh gurunya yang merupakan seorang mufti ketika usianya 15 tahun. Kehebatan Muhammad al-Fateh membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) ketika usia beliau 21 tahun.

Begitulah hebatnya zaman belia. Di negara kita kerajaan menyediakan ruang yang luas untuk belia mencipta kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, kemahiran, sosial, sukan dan lain lain bidang. Yang penting belia yang tekun berusaha pasti akan berjaya , kerajaan pula terus memberi sokongan dan sumber kewangan. Oleh kerana itulah kita dapat menyaksikan ramai dikalangan belia kita yang mencipta nama dan kecemerlangan dlm pelbagai bidang.

Pelbagai Kementerian menyediakan peruntukan untuk belia seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Kewangan serta lain lain Kementerian. Saya percaya lebih dari 50 % bajet negara adalah melibatkan belia. Ini kerana kita percaya , untuk mewujudkan negara yang cemerlang dimasa depan, belia harus dimantapkan dengan ilmu dan segala kekuatan lain.

Disamping itu bagi menunjukkan kerajaan peka kehendak generasi muda, pelbagai program akn dilaksanakan sempena dengan sambutan Hari Belia diseluruh negara bermula dari peringkat kebangsaan, negeri dan ada juga daerah yang melaksakannya. Pelbagai kategori anugerah kepada generasi Y juga dikalungkan kepada belia yang cemerlang.

Bersempena Hari Belia tahun ini, saya ingin merakamkan ucapan Terima Kasih buat YAB Dato Seri Hj. Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang begitu prihatin terhadap persatuan belia Terengganu dengan menaikkan kadar bantuan pentadbiran kepada persatuan belia aktif dari RM 2000 kepada RM 5000.00. Moga usaha murni iji akan dapat dimanafaatkan oleh warga belia. Insya Allah.

Buat warga belia ” SELAMAT HARI BELIA”

Zaidi Muda
Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment