Thursday 14 May 2015

Sidang Dun: Pusat pemindahan banjir di seluruh daerah dikenal pasti


yb pehimi yusof exco fb
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof
Kerajaan negeri kenal pasti pusat-pusat pemindahaan banjir di seluruh negeri Terengganu bagi hadapi bencana banjir itu yang berlaku setiap tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata keperluan-keperluan yang diperlukan semasa banjir akan kita selaraskan dan hantar ke pusat-pusat pemindahan setiap daerah pada bulan September bertujuan untuk bersiap sedia.
“Sebanyak 60 tapak pendaratan helicopter di seluruh daerah negeri ini dikenalpasti seperti padang sekolah , padang bola dan lain-lain kawasan bagi tujuan pendaratan kecemasan menyelamatkan mangsa banjir.
“Tahun lalu kerugian  melibatkan kemusnahan dan kerosakan kediaman mangsa banjir yang berjumlah  lebih RM2 juta, manakala selebihnya kira-kira RM302 juta membabitkan kerosakan bagi harta benda awam bagi semua jabatan terlibat.
Dalam pada itu juga, katanya pelan pengurusan bencana banjir bagi tahun lalu turut mendapat pujian daripada pucuk pimpinan negara apabila prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat oleh Jawatankuasa Bencana Banjir  di Kemaman itu akan menjadi contoh kepada negara supaya diikuti oleh negeri-negeri lain.
“SOP itu juga bakal dijadikan panduan kepada semua pihak dan jabatan yang akan diselaraskan oleh (MKN) Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu sebagai persiapan berdepan banjir  di seluruh daerah di Terengganu pada masa depan,”katanya
“Sementara bagi dari semasa ke semasa kita sudah melaksanakan 10 projek saliran dan tebatan banjir dengan jumlah keseluruhan peruntukan kira-kira RM66.3 juta termasuk yang terbaharu, projek tebatan banjir di Baruh Tok Jiring melibatkan RM90 juta. Kita juga berjaya memasukkan program tebatan banjir Chukai-Kemaman Fasa 2  dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos melebihi RM300 juta,”katanya.
Sementara itu Pehimi turun memberitahu hanya kerajaan negeri Terengganu yang memberi tambahan Rm500 bantuan banjir dinegeri ini selepas menerima mangsa banjir menerima bantuan dari kerajaan pusat sebanyak rm500 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak rm1000 setiap keluarga.
Dalam pada itu kerajaan negeri juga giat merancang untuk menyelesaikan isu kekurangan katil di setiap hospital yang ada disetiap daerah negeri ini menjelang 2018.
Antara hospital yang terbabit projek ke 11 ialah Hospital Dungun penambahan sebanyak 110 katil,hospital marang 250 katil , hospital kemaman 300 katil, teaching Hospital UniSZA 400 dan Hospital Sultanah Nur Zahirah sebanyak 60 katil serta sokongan daripada hospital swasta seperti KTS sebanyak 33 katil .
Pehimi memberitahu dalam sesi pergulungan di sidang dewan undangan negeri Terengganu semalam di Wisma Darul Iman.

No comments:

Post a Comment