Sunday 17 May 2015

Penyokong Terengganu mengamuk, protes keputusan pengadil

Berang dengan keputusan penjaga Mohd Amirul Izwan Yaacob yang membatalkan gol keempat pasukan Terengganu, segelintir penyokong tuan rumah bagaikan dirasuk hantu apabila bertindak merosakkan harta benda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Kuala Nerus malam tadi.
Kesan pintu cermin yang pecah, van St John dibakar dan terdapat cubaan membakar stadium jelas kelihatan selepas tamat perlawanan Separuh akhir Piala FA di antara Terengganu dan Lions XII.
Sekumpulan penyokong turut berada di luar stadium menunggu pengadil keluar dan melaungkan kata-kata marah terhadap FAM dan pengadil.
Insiden berpunca daripada perasaan tidak puas hati penyokong yang marah kepada penjaga garisan yang mengangkat bendera offside jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke 85 walaupun pengadil pada awalnya mengiktiraf gol tersebut.
Keputusan berkenaan menjadikan kedudukan kekal 3-2 dan telah menghampakan impian Skuad Penyu untuk mara ke final Piala FA musim ini dengan pasukan Lions XII menang dengan agreget 4-4 melalui peraturan gol di tempat lawan.
Sejarah juga membuktikan Terengganu sering mangsa kesilapan pengadil seperti tahun 2013 apabila gagal ke final Piala FA selepas kalah kepada Kelantan.
Para penyokong sebenarnya tidak perlu bertindak di luar kewarasan seperti itu kerana ia hanya merugikan pasukan kita sendiri di samping mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian untuk membaiki semula kerosakan yang berlaku. Jadikan ia sebagai pengajaran berguna agar tidak berulang pada masa hadapan.
Sementara itu, Terengganu sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri di depan hampir 40 ribu penonton.
Pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol pertama menerusi Khairul Amri sebelum Paulo Rangel menyamakan kedudukan selepas itu.
Kealpaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum apabila Khairul Amri meletakkan Lions XII di depan selepas itu.
Usaha pasukan Peteh merapatkan jurang melalui gol penalti Rangel dan gol cantik dari Norshahrul Idlan Talaha masih belum cukup untuk membawa Terengganu mara ke final dan kemuncak gol dari wira Terengganu tahun 2011 Ahmad Nordin Alias yang dibatalkan kerana offside.
-Teks oleh Z Terengganu Times-
IMG-20150517-WA0002IMG-20150517-WA0004IMG-20150517-WA0011IMG-20150517-WA0017IMG-20150517-WA0020IMG-20150517-WA0022IMG-20150517-WA0029IMG-20150517-WA0031IMG-20150517-WA0034IMG-20150517-WA0040IMG-20150517-WA0048IMG-20150517-WA0049IMG-20150517-WA0052IMG-20150517-WA0053

No comments:

Post a Comment