Sunday 17 May 2015

Terengganu mahu lahirkan lebih ramai Pengurus Kediaman professional


ypk4
Menteri Pembangunan wanita , keluarga dan masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Bagi menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing didalam sector pembantu rumah , kerajaan Terengganu telah melahirkan lebih ramai pengurus kediaman  yang mahir dalam kerjaya pengurus kediaman.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ sri Rohani Abdul Karim berkata, program ini diwujudkan bagi membantu golongan miskin ,suri rumah, ibu tunggal dan belia meningkatkan taraf hidup .
“Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Terengganu khususnya Yayasan  Pembanguanan Keluarga Terengganu yang telah berjaya melaksanakan program ini ”
“Saya juga mencadangkan pelaksaan kerja mengikut jam  bagi membolehkan satu pasukan “Pengurus Kediaman” menguruskan beberapa rumah pada satu-satu masa” katanya lagi.
ypk5
Rohani juga mengalu-alukan rakyat tempatan daripada  golongan belia lepasan sekolah yang belum mempunyai kerja menyertai program ini dan menjadikan kerjaya ini sebagai perniagaan yang berjaya dimasa akan datang , tambah beliau lagi semasa sidang media program Taklimat pengurus kediaman di Dewan Utama Yayasan Pembanguanan Keluarga Terengganu hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat  Negeri Terengganu, Yb. Dato’ Haji Muhammad Pehimi Yusuf dan Pengarah Pembangunan Keluarga Terengganu ,Mohd Shafaruddin Mustaffa.
Nur syafikah Idris yang bekerja sebagai Pengurus Kediaman Dibawah Program  Home manager YPKT
Nur syafikah Idris yang bekerja sebagai Pengurus Kediaman Dibawah Program Home manager YPKT
Sementara itu menurut Nur Syafikah Idris , 26 tahun yang telah berkerja selama dua bulan sebagai Pengurus kediaman, beliau tidak ada masalah untuk bekerja di sektor itu.
“Hubungan saya dan juga majikan sangat rapat kerana kerja- kerja yang dipertanggugjawabkan dilaksanakan dengan baik”
“Skop kerja saya memantau anak majikan yang berumur 2 tahun 6 bulan, disamping melakukkan kerja-kerja mengemas rumah dan hanya bekerja lima hari seminggu”katanya lagi.
Nur syafikah juga diberikan pinjaman kenderaan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi memudahkan beliau berulang alik ke tempat kerja yang telah mengikat perjanjian selama setahun dengan majikannya itu.
Bagi yang ingin menceburi bidang ini, peserta program akan dilindungi oleh insuran berkelompok , KWSP dan Perkeso.

No comments:

Post a Comment