Monday 27 April 2015

Peruntukkan RM500 Juta Menaiktaraf Lebih 3,000 Makmal Sekolah


Rompin: Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menaiktaraf di lebih 3,000 makmal sekolah menengah di seluruh negara dalam usaha meningkatkankualiti pembelajaran subjek Sains.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu yang dijangka mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini juga dapat menarik minat pelajar dalam subjek berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia akan mengubah kaedah pembelajaran Sains pada ketika ini yang lebih menekankan kepada aspek teori kepada latihan amali bagi memudahkan pelajar memahami topik yang diajar dalam kelas.
“Pada masa lalu, kita tidak terlalu menekankan kepada ujian di makmal (bagi subjek Sains) tetapi lebih kepada teori.
“Sekarang (kita) mahu ubah supaya ia lebih (menekankan) kepada ujian amali. Ini supaya sampai satu masa,ujian amali menjadi sebahagian daripada peperiksaan Sains,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama Warga Institusi Pendidikan daerah Rompin di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Muadzam Shah di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin- hmetro.com

No comments:

Post a Comment