Monday 27 April 2015

Jalan Sultan Zainal Abidin Akan Ditutup Pada 27 April Hingga 3 Mei Sempena Perasmian Paya Bunga Square


11195293_875832165796831_208586646_n
Jalan Sultan Zainal Abidin akan ditutup kepada semua kenderaan bermula 27 April hingga 3 Mei sempena majlis perasmian Paya Bunga (PB) Square.
Perasmian yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan berlangsung pada 3 Mei nanti.
Bagi melancarkan kerja-kerja persiapan tempat, jalan yang akan ditutup bermula daripada lampu isyarat Menara PMINT sehingga ke Pustaka Seri Intan.
Berikutan itu, laluan masuk bas akan diubah kepada Terminal melalui Jalan Sultan Zainal Abidin berhampiran pondok JPJ dan laluan keluar akan melalui Jalan Syed Hussin.

No comments:

Post a Comment