Wednesday 15 April 2015

Percaturan jurulatih Titans mula membuahkan hasil


Barisan kejurulatihan T-Team bagi musim 2015.
Kuala Terengganu: Percaturan bijak ketua jurulatih T-Team dari Crotia, Tomislav Steinbruckner berjaya membawa pasukannya ke tangga teratas Liga Perdana buat pertama kali biarpun hanya seketika.
Strategi jurulatih berusia 48 tahun itu yang dilihat semakin menjadi turut membuktikan pemainnya berjaya mengikut taktikal dirancang terutama apabila berjaya mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga.
Namun Steinbruckner mengakui mahukan corak permainan lebih jitu sambil menyifatkan hala tuju pasukan masih jauh dan memerlukan aksi lebih mantap untuk terus menerajui liga.
Farhod Tadjiev semakin menemui setuhan gol untuk pasukan T-Team FC.
“Persembahan pasukan kini boleh dipuji dan dilihat semakin konsisten, begitu juga corak permainan individu tapi saya tetap bimbang jika pemain lalai kerana saingan liga masih jauh.
“Justeru, bagi memastikan impian mencatat kemenangan tercapai, pemain perlu menggandakan latihan selain perlu memiliki keupayaan sebagai pemain berkualiti dan bersemangat tinggi,” katanya.
– Hmetro, Gambar T-Team

No comments:

Post a Comment