Monday 13 April 2015

Pantai Peranginan Kelulut Akan Dilengkapi Dengan Kemudahan Internet

unnamed (2)

Kerajaan negeri akan melengkapkan Pantai Peranginan Kelulut, Marang yang merupakan satu destinasi tumpuan pelancong dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A.Latiff Awang berkata, langkah itu adalah wajar selari dengan penganjuran program-program peringkat antarabangsa yang selalu diadakan di kawasan tersebut termasuk acara tahunan kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang.
“Dengan adanya program-program besar di peringkat antarabangsa, Insyaallah Pantai Peranginan Kelulut juga akan dilengkapi kemudahan asas yang lebih sempurna dan juga internet berkelajuan tinggi begitu juga di Pulau Kapas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas – Marang 2015, di Pantai Peranginan Kelulut, Marang semalam.
Katanya, usaha untuk menaiktaraf kemudahan internet di sini termasuk juga keperluan-keperluan asas yang lain memang dalam perhatian kerajaan negeri.
-teganukita

No comments:

Post a Comment