Tuesday 14 April 2015

Izara Aisyah bakal jadi menantu Dato’ Siti Nurhaliza?

Mungkin ramai yang tahu hubungan rapat Izara Aisyah dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid.
                              izara
Melalui kenyataan di sebuah majalah baru-baru ini, Izara Aisyah mengaku sebelum bergelar isteri, 
beliau ingin mencapai kejayaan dalam kerjayanya terlebih dahulu.
“Walaupun hampir setahun saya mengenali dia, tapi saya belum mahu berfikir mengenai berumah tangga. 
Banyak yang belum saya capai dalam kerjaya saya. Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam
 bidang yang saya ceburi”
“Alhamdulillah, hubungan kami baik. Kami masih lagi berkawan dan saya boleh katakan, dialah teman lelaki 
paling rapat dalam hidup. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya akan kongsikan tentang masa depan kami 
dengan semua,” kata Izara.
Khabarnya, Izara yang pandai memasak membuatkan keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini. 
Kalau dah jodoh pasti tak ke mana. Tak gitu? Sama-sama kita doakan Izara dapat capai kejayaan yang diinginkan.

No comments:

Post a Comment