Wednesday 1 April 2015

PROTON, Honda, Toyota Umum Turun Harga Kereta Selepas GST

PROTON, Honda, Toyota Umum Turun Harga Kereta Selepas GST
                 PROTON, Honda, Toyota Umum Turun Harga Kereta Selepas GST
PROTON, Honda, Toyota Umum Turun Harga Kereta Selepas GST. Tiga pengeluar kenderaan mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.

PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

Honda Malaysia Sdn Bhd Honda Malaysia pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

No comments:

Post a Comment