Tuesday 31 March 2015

Bekalan Gas Di Terengganu Terganggu


gas menjadi keperluan harian penduduk  Malaysia terutamanya perniaga dan suri rumah
gas menjadi keperluan harian penduduk Malaysia terutamanya perniaga dan suri rumah
Kekurangan bekalan gas di Pantai Timur menjadi rungutan orang ramai kebelakangan ini apabila bahan itu terputus bekalan untuk kegunaan harian.
Permasalahan itu dikesan semenjak seminggu yang lalu menyebabkan banyak pihak mengalami kesukaran dalam kegiatan harian  terutamanya perniaga makanan, restoran, kantin sekolah dan juga suri rumah.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu (KPDNKK) Mohd Nor Musa, berkata sebenarnya memang berlaku sedikit gangguan bekalan gas di sesetengah kawasan terutamanya di Pantai Timur.
“Masalah ini berpunca kerana MIRA Gas dalam proses mengambil alih SHELL Gas dan ianya telah mengurangkan  bekalan itu sebanyak 15 peratus daripada kuantiti asalnya sebelum ini.
“Pihak KPDNKK telah mengarahkan  Petronas menambah bekalas Gas ke Negeri Pantai Timur terutamanya Terengganu bagi mengisi kelompongan bekalan tersebut supaya tidak berterusan dan belakan LPG kembali normal,” katanya lagi ketika dihubungi hari ini.
Bekalan tersebut berkurangan bukan kerana Faktor GST dan Gas Masakan sememangnya terkecuali dari GST.
~mak jah tt

No comments:

Post a Comment