Sunday 15 March 2015

Penyu bawa pulang 1 mata dari Singapura, Felda kekal teratas liga

‘Kereta Kebal’ Vincent Bikana muncul penjaring tunggal Terengganu.
Hasrat Terengganu untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila diikat pasukan Lions XII dalam perlawanan kelima Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Pasukan pelawat bermula dengan baik dan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke sembilan menerusi pemain import pertahanan ‘Kereta Kebal’ Vincent Bikana selepas mendapat hantaran daripada sepakan sudut Gustavo Lopez.
Babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Faris Ramli pada minit ke-55.
Serangan balas pantas skuad Penyu yang diketuai pemain berbisa Paulo Rangel dan rakan-rakan masih gagal memecah kebuntuan gawang pihak lawan.
Kedudukan ini kekal hingga ke tamat permainan dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mata.
Kesebelasan Utama Terengganu FA
11 Md Sharbinee Allawee Ramly
5 Vincent Bikana
7 Zairo Anuar Zailani
8 Gustavo Lopez
9 Paulo Rangel
13 Hasmizan Kamarodin
16 Zubir Azmi
18 Ahmad Nordin Alias (K)
19 Azlan Zainal
20 Sharin Sapien
25 Ismail Faruqi Asha’ri

Pemain Terengganu ketika melawan Lions XII di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Kedudukan Liga Super selepas 5 perlawanan.
PEMAIN Selangor, Raimi Mohd Noor (kiri) bersaing dengan pemain Sarawak, Mohd Nazri Mohd Kamal pada perlawanan Liga Super, di Stadium Shah Alam.
Di Stadium Shah Alam, Selangor meneruskan rentak cemerlang meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas berjaya menewaskan Sarawak 2-0.
Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan Afiq Azmi seawal minit ke-10 sebelum pemain sayap gantian, Fittri Shazwan Raduwan menambah gol kedua selepas bijak memperdaya penjaga gol Sarawak, Fadzley Rahim, minit ke-77.
PEMAIN Pahang, Dickson Nwakaeme (dua dari kanan) bersaing dengan penjaga gol ATM, Nor Fazly Alias dalam aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2015, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Di Stadium Selayang, Sime Darby FC akhirnya berjaya meraih mata sulung musim ini selepas mengikat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1.
Hajat skuad kendalian Ismail Zakaria meraih kemenangan pertama tidak kesampaian selepas jaringan pendahuluan Nazrul Kamarulzaman pada minit ke-35 berjaya disamakan JDT menerusi Junior Eldstal, minit ke-61.
Sementara itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ATM mencatat kemenangan pertama musim ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Pahang.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh penyerang import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada minit ke-71.
Di Stadium Perak, PDRM pula bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 3-1 ke atas Perak – sekali gus menghuni tangga kedua liga di bawah FELDA.
Pasukan tuan rumah mendapat jaringan pada awal babak kedua perlawanan menerusi Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-46.
Namun penyerang import Mali, Dramane Toure menjadi wira skuad ‘The Cops’ apabila menjaringkan gol pada minit ke-47 dan ke-60, selain gol daripada Ahmad Ezrie pada minit ke-55 untuk mengesahkan tiga mata penuh kepada pasukan pelawat.
Perlawanan kali ini dicemari dengan insiden kad merah, apabila pengadil perlawanan Samsuddin Ibrahim mengarahkan pemain Perak, Syazwan Roslan keluar padang kerana mengasari pemain PDRM, Ashfaq Ali pada minit ke-57.
Sementara itu, jaringan penyerang import dari Liberia, Edward Wilson pada minit ke-60 menceriakan FELDA mengatasi Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu. -Berita Harian
Keputusan Penuh:
Perak 1-3 PDRM
ATM 1-0 Pahang
LionsXII 1 – 1 TERENGGANU
Sime Darby 1-1 JDT
Kelantan 0-1 Felda United
Selangor 2-0 Sarawak

No comments:

Post a Comment