Monday 16 March 2015

e-Aduan Mobile dan mediacal Mobile bakal dilancarkan di Terengganu-Ahmad Razif

Selepas kejayaan Karnival Transformasi Terengganu Baharu(TTB) peringkat negeri yang dilancarkan baru-baru ini di dataran permata , Seberang Takir mendapat sambutan baik daripada rakyat negeri ini.
Menteri Besar Terengganu ,Yab Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selepas ini kita akan lancarkan program E- Aduan Mobile dan medical mobile.
“program e-aduan mobile ini kita jalankan secara bergerak serta   Medical Mobile yang bakal kita bawa ke daerah-daerah bagi membuat pemeriksaan kesihatan rakyat “
“medical Mobile masih dalam proses dan saya masih menilai harga van tersebut dan kemungkinan kerajaan akan beli untuk kita bawa ke karnival-karnival yang berkonsep 3 hari 2 malam seterus nya yang akan kita laksanakankan di seluruh   daerah,dan kampung secara berperingkat”
Beliau juga menyatakan amat puas hati dengan pelancaran Karnival TTB  baru-baru  ini ,ianya menampakan satu solidariti yang tinggi di kalangan rakyat  dan kerajaankan terus laksanakan program tersebut.
, ”Kita perlu menyerapkan  Transformasi Terengganu Baharu ini kepada semua rakyat Terengganu.
Barulah akan tercapai transformasi yang kita hendak laksanakan, Disamping kerajaan berusaha  keras untuk memastikan agenda transformasi ini berjaya , tetapi sokongan padu daripada rakyat amat mustahak”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment