Wednesday 18 March 2015

100 Tempat Untuk Anak Terengganu Yang Layak – UniSZA


pintu-depan-unisza-9-641x320
Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) membuka Kuota kepada anak-anak Terengganu yang gagal menerima panggilan dari mana-mana IPTA diseluruh Negara dan sebanyak 100 tempat untuk anak kelahiran Terengganu.

Sebelum ini hanya 20 tempat sahaja dibuka untuk anak-anak Terengganu yang layak dan pada tahun 2015 ini UniSZA akan membuka kuota  itu sebanyak 100 tempat disebabkan pemintaan yang amat memberangsangkan.

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari negeri ini yang tidak menerima tawaran daripada universiti lain, boleh memohon Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan 100 tempat kepada anak jati Terengganu.

Menurut Naib Canselornya Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim penempatan itu merupakan kesinambungan kepada Program Pembela Bangsa yang dimulakan universiti itu pada 2013, bagi membantu pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran.

Katanya, program itu dilaksanakan selepas melihat beberapa kes pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana pelbagai masalah, seperti isu kemiskinan dan lokasi universiti yang terlalu jauh dari Terengganu.

“Pada awal permulaan program, hanya 10 pelajar yang mendapat tempat dan jumlahnya meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.

“Melihat kepada kesan positif program ini, UniSZA komited menyediakan 100 tempat tahun ini dan pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat menyambung pelajaran digalakkan menyertai program ini,” katanya.

Yahaya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Negara melibatkan lebih 1,000 pelajar universiti itu anjuran Pusat Penataran Ilmu UniSZA dengan kerjasama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri di sini pada Selasa. (dipetik dari BERNAMA)

Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Raja Arif Raja Ali dan Penolong Naib Canselor UniSZA Prof Dr Kamarudin Mohd Said menyampaikan syarahan pada program itu.

Pengarah Program Prof Madya Che Wan Takwa Wan Abu Bakar berkata program itu merupakan kali pertama diadakan UniSZA, bertujuan memberi pendedahan tentang hala tuju dan matlamat pembangunan negara yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebagai golongan pelapis pemimpin negara, amat wajar mereka ini dilengkapi dengan pengetahuan tentang dasar dan visi negara secara menyeluruh agar mereka boleh menyampaikannya di peringkat komuniti dengan lebih berkesan.

“Program ini juga akan diperluaskan lagi di masa akan datang kerana dengan pemahaman yang luas, mereka mampu menyumbang sesuatu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment