Sunday 15 March 2015

TTB Pacu Terengganu Ke Arah Lebih Gemilang – Ahmad Razif

YAB Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu
YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu
Lautan manusia hadir di Dataran Permata Seberang Takir bagi  Perasmian Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Terengganu.
Seramai 13 ribu orang yang hadir dan memenuhi segenap ruang yang ada di padang bola tersebut dari kalangan pemuda, puteri, belia Terengganu dan warga Kuala Nerus .
Konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diilhamkan oleh YAB  Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bakal membawa Negeri Terengganu ke arah lebih kompetitif dan berdaya saing seiring dengan perkembangan semasa.
bre2
Ahmad Razif berkata, TTB yang menekankan Team, Telus dan Berkhidmat mempunyai lapan prinsip iaitu Inklusif (Suara rakyat, suara keramat), Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan,  Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera,  Intergriti Bersih dalaman dan luaran,  Mesra tapi tegas, Disiplin kerja yang tinggi, Seruan Perpaduan dan memperkasa pendidikan adalah amat penting dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
 Beliau berkata demikian ketika melancarkan Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diadakan di Dataran Permata Kampung Baru Seberang Takir Kuala Nerus yang berjaya menarik lebih 10 ribu pengunjung malam ini.
Dalam majlis itu Ahmad Razif turut melancarkan logo dan lagu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang melengkapkan lagi konsep TTB tersebut.
Bridge
Antara acara yang memeriahkan majlis pelancaran ini dengan kehadiran pelawak terkenal Sepahtu dan artis cilik dari Kemaman adik Huzairi yang telah menghiburkan pengunjung yang datang bersama seisi keluarga.
Ahmad Razif juga mengumumkan Jelajah Karnival TTB ini akan diadakan di seluruh daerah selepas ini bagi membolehkan rakyat mengambil manfaat dan faedah serta dapat mengenali prinsip dan konsep TTB dengan lebih dekat lagi.
Sementara itu,  Ahmad Razif memberitahu Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) akan terus diperkasakan dengan lebih mantap bagi membantu Misi-misi kemanusiaan dan pelbagai aktiviti yang dapat menyumbang sesuatu yang positif kepada masyarakat umum.
SSTTB ini pernah dihantar ke Dabong dan Machang di Kelantan serta Pekan di Pahang untuk membantu dalam Misi Kemanusiaan Pembersihan Pasca Banjir pada Januari lalu.
rasmi TTB

No comments:

Post a Comment