Wednesday 1 April 2015

Graduan Terengganu Jadikan Kemajuan Peruncitan Langkawi Sebagai Inspirasi


roslee-daud-bukit-besi-adun-bebas-terengganu
Graduan-graduan dari Terengganu wajar menjadikan transformasi yang berlaku dalam industri peruncitan di Pulau Langkawi sebagai inspirasi dalam usaha mengenal pasti bidang-bidang keusahawanan yang ingin mereka ceburi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu, Roslee Daud hari ini berkata graduan-graduan ini perlu meninjau kejayaan yang dicapai oleh peniaga-peniaga runcit di sini bagi menentukan bidang perniagaan yang sesuai.
“Pulau Langkawi ini memang cukup besar perubahannya terutama dalam industri peruncitan… biarlah mereka (graduan-graduan) tengok sendiri apakah ruang yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Usahawan Graduan Terengganu Siri Kedua di Langkawi.
Sejumlah 34 orang graduan dari Terengganu menyertai program itu yang berlangsung di Langkawi sejak 22 Mac lepas dan dianjurkan bersama kerajaan negeri itu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Majlis Amanah Rakyat.
Menurutnya, kerajaan Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk melaksanakan program itu yang dimulakan dengan siri pertamanya pada November lepas, melibatkan 30 orang lepasan universiti dari Terengganu.

No comments:

Post a Comment