Monday 12 January 2015

Skuad Sukarelawan Terengganu TTB membantu Rakyat Kelantan

                     sukarelawan ke kelantan

1. Kerajaan Negeri Terengganu telah menghantar pelbagai jentera berat milik kerajaan negeri dalam misi pembersihan pasca banjir di Kelantan.
2. Skuad Sukarelawan TTB Terengganu merupakan sukarelawan terbesar yang berkhidmat untuk misi pasca banjir di kelantan.
3. Konvoi berskala mega meliputi jentera kerajaan negeri bersama hampir 1500 sukarelawan TTB Terengganu, pasukan perubatan, tukang kayu, tukang paip, pemandu jentera, lori dan pacuan empat roda, tukang masak serta pasukan media yang dilepaskan Menteri Besar Terengganu merupakan konvoi terbesar  Skuad Sukarelawan di Malaysia yang membantu misi kemanusian di Kelantan.
20150108_123750
3. Setelah melihat sendiri keadaan di kg Kemubu, Dabong, atas keprihatinan dan cakna Y.A.B Menteri Besar Terengganu bersetuju untuk melanjutkan misi bantuan pasca banjir di kampong tersebut selama sebulan.
4. Seramai 3500 mangsa banjir di Parlimen Machang dan Dun Dabong menerima sumbangan dari kerajaan negeri Terengganu yang merangkumi 1 set keperluan harian seperti tikar, toto, selimut, sejadah, kain sembahyang dan kain pelekat, dapur dan lain-lain keperluan.
5. Kerajaan negeri Terengganu merupakan negeri pertama membina 21 unit rumah transit yang dilengkapi dengan dapur dan tandas untuk mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat kediaman di Dabong, Kuala Krai Kelantan.
6. Kerajaan negeri Terengganu menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Ahli Parlimen Machang dan Adun Dabong dengan jumlah keseluruhan RM200,000 untuk membantu mangsa banjir di dua kawasan tersebut.
7. Menteri Besar Terengganu membawa kesemua ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak untuk sama-sama membantu kerja-kerja sukarelawan TTB ke Kelantan dan merasai denyut nadi rakyat.
8. SK Dabong yang lumpuh dengan sampah dan lumpur dapat memulakan sesi persekolahan pada hari ini selepas kerja-kerja pembersihan berskala besar dilakukan oleh Skuad Sukarelawan TTB. Kerja-kerja pembersihan ini sepatutnya mengambil masa 1 minggu tetapi dengan kekuatan tenaga yang ramai, pembersihan ini dapat dilakukan dalam tempoh masa 2 hari.
9. lapan Sekolah di Kelantan dan sebuah pusat kesihatan yang teruk ditenggelami banjir telah dibersihkan oleh Skuad Sukarelawan TTB.
10. 1000 lebih pakaian sekolah disumbangkan Kerajaan Negeri Terengganu kepada pelajar sekolah di Dabong.
Menteri Besar Terengganu Memakaikan Buju Sekolah Kepada Murid SK Dabong
Menteri Besar Terengganu Memakaikan Baju Sekolah Kepada Murid SK Dabong

No comments:

Post a Comment