Monday 12 January 2015

AIR MATA Saya Tiba-tiba keluar – MUSTAPHA MOHAMED

                          DSC_1939
Air mata saya keluar dengan serta merta semasa mendengar cerita daripada Dato’ Ramzi (Adun Dabong) mengenai Skuad Sukarelawan TTB yang dibawa oleh Yab Menteri Besar Terengganu untuk membantu kita di Dabong dan Kemubu ini.
“Saya Tidak dapat membalas jasa Menteri Besar Terengganu dan juga sukarelawan seramai 1500 orang yang sedang berkampung disini, hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalasnya nanti”.
“MB Terengganu datang menolong kita dengan kelengkapan jentera yang lengkap (jentolak, lori, lori tangki, tukang rumah serta pelbagai alatan membersih) dan ribuan sukarelawan yang dibawanya bagi membantu kita hari ini”.
“Beliau juga membina rumah transit sebanyak 21 buah untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal, BESAR jasanya kepada kita di Dabong dan Kemubu ”.
“Walaupun di Negeri Terengganu juga mendapat musibah yang sama dengan kita tetapi mereka tetap datang jua untuk membantu, Allahurobbi..”
“Disini juga saya mewakili seluruh rakyat Negeri Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan kemanusian yang diberikan kepada kami disini mahupun dari NGO dan rakyat seluruh Malaysia”.
Dato’ Seri Mustapha Mohamed berkata demikian dihadapan kira-kira 200 orang mangsa bencana banjir semasa lawatannya bersama Yab Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Kampung Kemubu yang paling teruk terjejas dikawasan Dabong ini.
Beliau juga berjanji akan membantu sepenuhnya untuk memulihkan kawasan ini kembali seperti sediakala dan mengharapkan rakyat Kemubu dapat bersabar dengan Ujian yang diturunkan ALLAH S.W.T.
DSC_1880

Keadaan rumah yang  sudah hanyut dari tapak asalnya
Keadaan rumah yang sudah hanyut dari tapak asalnya
DSC_1914

No comments:

Post a Comment