Tuesday 6 January 2015

Hubungan kereta api Kuala Krai-Gua Musang ditutup setahun

                
KUALA KRAI: Hubungan perkhidmatan kereta api antara Kuala Krai dan Gua Musang akan ditutup sekurang-kurang setahun disebabkan kerosakan teruk laluan ke situ.
Laluan itu terputus apabila jambatan yang menghubungkan Gua Musang dan Kuala Krai itu rosak teruk akibat banjir besar pada minggu lalu.
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad, berkata kos pembaikan laluan sepanjang kira-kira 50 meter itu dianggarkan berjumlah RM15 juta. -BHO

No comments:

Post a Comment