Monday, 1 December 2014

Putera Mahkota Thai lucut gelaran

                                   Bekas ketua CIB, Pongpat Chayapan (tengah) ditahan selepas didapati terlibat dalam kegiatan haram di Thailand
                                               Bekas Ketua CIB,Pongpat Chayapan (tengah) ditahan selepas didapati terlibat dalam kegiatan haram di Thailand.

BANGKOK - THAILAND. Putera Mahkota Thailand Putera Maha Vajiralongkorn mengeluarkan surat rasmi pelucutan ahli keluarga isterinya daripada menggunakan nama diraja ekoran skandal rasuah, menurut media tempatan semalam.

Memetik laporan Bangkok Post, surat itu dikeluarkan susulan penahan tiga saudara rapat kepada Puteri Srirasmi Akkharaphongpricha yang terlibat dalam kes rasuah diketuai bekas Ketua Biro Penyiasatan Pusat (CIB), Pongpat Chayapan.  

Kesemua mereka diarahkan membuang nama 'Akkharaphongpricha' daripada daftar nama keluarga yang diluluskan oleh monarki.

Nama diraja diberikan sebagai satu penghormatan kepada keluarga yang telah berkhidmat kepada negara atau institusi diraja.



No comments:

Post a Comment